Wednesday 29 February 2012

Jin Mengganggu Perbualan Telefon Rancangan TV

Cerita Ustaz Azhar, rakan bantu mangsa sihir

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Meskpun sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah, pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus (gambar) suatu ketika terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir.

Pertarungan tersebut terpaksa dihadapi ketika beliau berusaha membantu keluarga terbabit yang mengalami penderitaan sehingga 16 tahun dipercayai disihir jiran dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.

Menurut Ustaz Azhar, punca tindakan sihir itu hanya disebabkan keengganan keluarga itu menjualkan tanah kepada jirannya.

Katanya, jika dilihat dari luaran memang tiada siapa yang menyangka lelaki tersebut tergamak menyihir jirannya itu kerana beliau sering mendirikan solat berjemaah di masjid, malah sering berada pada saf pertama di belakang imam.

Tapi di luar pengetahuan orang ramai, pada dirinya terdapat perangai sebegitu buruk sehingga tergamak menzalimi jirannya sendiri sehingga sedemikian rupa," katanya pada satu majlis di sini.

Akibat perbuatan sihir itu, menurutnya, keliarga tersebut mengalami pelbagai kepayahan dalam hidup sehingga batuk berpanjangan dan tidak boleh masuk ke dalam rumah mereka sendiri.

Tuesday 28 February 2012

Zikir, Rawatan Islam, dan Sunnah Baginda

by Nur Syahida Abdul Majid

Interview dalam IKIM.fm sebentar tadi sangat, sangat superb! Disampaikan oleh Syeikh Dr Mahmoud dari Mesir melalui penterjemahnya. Alhamdulillah, tanpa sengaja terbuka blog orang, dan kebetulan blog itu auto play radio. Berkisar tentang rawatan Islam (sihir, ruqyah dan sebagainya)

1. Syeikh tertanya-tanya mengapa di zaman ini amalan-amalan yang baik, yang sering dilakukan oleh Rasulullah sudah dilupakan tak tidak diturunkan generasi ke generasi. Amalan-amalan berkaitan dgn sakit dan gangguan, masyarakat hari ini lebih suka berjumpa dengan bomoh, minta bantuan dari Jin

Antara amalan lazim yang diajar oleh Rasulullah adalah
  • Sekiranya sakit kepala atau migrain, sebelum tidur atau sewaktu bangun tidur, baca 3 ayat terakhir surah Al Hasy (iaitu ayat Lau Anzalna Hadzal Quran), sambil tangan kanan memegang kepala. Allah berjanji tidak akan didatangkan sebarang mudarat yang berkaitan dengan kepala
  • Wanita-wanita yang mempunyai masalah kewanitaan (hormon, darah dan sebagainya), zaman dahulu amalan ini sangat popular, iaitu menghadap (berada dibawah) sinaran bulan. Bulan sangat rapat dengan manusia, hidupan. Laut tahu akan perkara ini. Bulan dapat mempengaruhi darah. Duduklah selama 15 minit atau lebih, insha Allah wanita akan sihat
  • Untuk orang yang ingin bangun tahajud tetapi sangat payah untuk terjaga, sebelum tidur bacalah Surah Al Qadr. Pada akhir ayatnya ulang 7 kali, sambil berniat pukul berapa mahu bangun.
  • Bagi orang yang disihir, Syeikh mengatakan barang siapa yang membaca Hizb Bahr (agaknya, telinga tak dengar sangat. Mungkin zikir yang dibekalkan oleh Syeikh) dua kali dalam sehari, nescaya dia tidak akan terkena sihir. Siapa yang terkena juga, dengan izin Allah, akan terlepas dari sihir itu.
  • Amalan ini biasa dibuat di Madinah. Bila anak-anak kecil selalu menangis, berbintik-bintik, kurus badannya, maka kita akan tukar nama panggilannya.
2. Berkenaan dengan soalan mengapa kita berzikir, tapi zikir itu tak meresap ke hati, hingga kadang kala berzikir tapi akhirnya mengantuk.

Syeikh menasihatkan untuk mencari guru yang mursyid, guru yang berhubung terus dengan Allah. Sekiranya guru itu sampai pada Allah, maka insha Allah kita akan sampai padaNya. Syeikh mengumpamakan barang elektrik, yang wajib disambung pada bekalan elektrik untuk berfungsi. Kata Syeikh lagi, 'Jika tidak kerana murabbi, tidak akan aku kenal rabbi'.

Kenapa boleh mengantuk sambil berzikir?
Jawapnya zikir itu masih belum sampai ke dalam hati. Sedangkan mengingati Allah menenangkan qulub (hati). Menerangkan hati. Zikr yang membuka hati, melalui lagunya yang indah, ayatnya yang memikat. Dan zikr yang memberi cahaya pada hati adalah maknanya yang sampai kepada AllahKata Syeikh lagi, boleh jadi, zikir yang diamalkan itu tidak patut diamalkan. Contohnya zikir yang dibekalkan oleh syeikh, harus meminta izin dari syeikh untuk mengamalkannya. Adapun zikir-zikir yang umum, seperti di dalam Al Quran adalah tidak mengapa.

Syeikh mengandaikan seperti kita dalam keadaan mengantuk, sudah tidak tidur seharian, kemudian kita bertemu dengan sahabat yang sangat kita cinta, yang sudah lama tidak berjumpa, pasti mengantuk akan hilang, dan kita akan bersembang dengan sahabat itu hingga puas. Begitu juga halnya sekiranya hati kita sudah rapat dengan zikir.

Berkenaan dengan nafsu. Kerana itulah selepas Baginda pulang dari Tabuk, Baginda bersabda 'Kita telah pulang dari jihad kecil, sekarang kita kembali kepada jihad yang besar. Ketahuilah itu adalah nafsu' Sebagaimana ular boleh dilemahkan dengan dingin, nafsu juga boleh dilemahkan dengan zikir.

Pesan terakhir Syeikh ialah, jangan sesekali kita membenarkan orang memutuskan kita dari Rasulullah. Dari ajarannya, dari sunnahnya, dari apa sahaja maklumat tentang Baginda. Tanpa Baginda kita umpama jasad tanpa kepala.

Akhir rancangan Syeikh menutup dengan satu doa yang sangat indah. Lebih kurang begini doanya
"Wahai Allah syafaatkan kami dengan syafaat Nabi Muhammad SAW. Masukkan kami ke dalam syurga tanpa perlu dihisab, tanpa perlu dikomen-komen, tanpa dibuka aib kami, tanpa perlu diazab. Dan kami mohon sangat ya Allah, kau tunjukkan (temukan) kami dengan wajah Mu, penghulu segala kehidupan, penghidup segala kehidupan, Baginda Nabi, dan seluruh keluarganya, sahabat-sahabatnya"

Kalau dapat dengar memang lebih zouk. Apa yg saya sampaikan jauh beza dengan kalimah syeikh, kerana ia keluar dari lidah yang terang bercahaya. Moga ini ada manfaatnya

Thursday 23 February 2012

Awas! Sihir kini menular melalui Facebook

KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.

“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.

“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.

Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.

Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.

Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.

Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.

“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.

“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.

Sinar

Tuesday 21 February 2012

Gagal Tidur Angkara Syaitan

KOTA BHARU - Pakar Perubatan Islam tidak menolak penyakit misteri yang dialami seorang pemuda sehingga gagal melelapkan mata sejak lapan tahun lalu disebabkan sihir ataupun saka.

Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya berkata, hanya dua faktor berkenaan yang biasa mempengaruhi individu terlibat di mana kedua- duanya adalah angkara syaitan.

“Penyakit yang dialami pemuda berkenaan berpeluang untuk sembuh kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya, yang penting kita berusaha dan berikhtiar serta lakukan rawatan secara konsisten,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zaki berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyakit misteri yang dihadapi seorang pemuda dari Tok’ Uban, Pasir Mas, Ziyan, 26.

Zaki berkata, pihaknya sedia membantu dan percaya akan dapat mengembalikan pemuda berkenaan kepada kehidupan normal seperti manusia lain.

“Saya belum melihat kes ini, dan hanya membaca berita yang disiarkan akhbar ini, namun saya yakin dengan izin Allah dia dapat disembuhka. Saya pernah mengubati pesakit yang tidak dapat tidur selama 14 tahun, dan alhamdulillah selepas lima bulan menerima rawatan, dia kembali menjalani hidup dengan normal,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk membantu pemuda berkenaan dan yakin turut menceritakan pengalamannya mengubati penyakit seumpama ini.

Menurutnya, Ziyan mungkin boleh mengunjungi Pusat Rawatan Darussyifa’ cawangan Pasir Mas yang terletak di Surau Taman Mekasar pada setiap Sabtu antara 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi membolehkan pihaknya membantu.

“Rawatan di rumah juga akan dilakukan, bagi memastikan kawasan rumah juga bebas daripada perkara- perkara yang boleh mengundang semula penyakit berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian semalam melaporkan penderitaan dialami Ziyan, yang disyaki disihir sejak berusia 18 tahun sehingga mengubah sebahagian besar kehidupan dan perangainya.

Sinar Harian

Monday 20 February 2012

APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA IBLIS, SYAITAN DAN JIN?

Bacaan untuk menambahkan ilmu…
oleh ustaz Abu Basyer

Sahabat yang dirahmati Allah,

Mungkin ramai dikalangan kita yang keliru dan tidak dapat membezakan di antara tiga makhluk Allah S.W.T iaitu Iblis, syaitan dan jin. Ada sebahagian daripada kita mungkin menganggap ketiga-tiganya adalah sama saja tidak ada perbezaan.

Untuk membahaskan dengan jelas marilah kita merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. supaya kita lebih mengenali mereka dan dapat menjauhkan diri daripada hasutan dan bisikan makhluk yang jahat ini.

Pertama : Iblis laknatullah.

Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata ablasa yublisu ilbisan yang berarti putus asa, kecewa atau berdukacita. Iblis menurut Al Quran adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as.

Allah berfirman maksudnya : Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam a.s) diwaktu Aku menyuruhmu? lblis menjawab : Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.

(Surah al Araf ayat 12)

Sedangkan Iblis adalah makhluk durhaka yang jenisnya adalah daripada kalangan jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah dari jenis jin.

Firman Allah S.W.T. yang maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Kahf ayat 50)

Jadi bolehlah disebutkan bahwa Iblis itu adalah makhluk yang sebangsa dengan jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah S.W.T, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mau diperintahkan untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. iaitu manusia pertama.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat maksudnya : “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”. (Surah al-Baqarah ayat 34)

Motivasi yang menghalangi Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi diri. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Adam.

Allah berfirman maksudnya : “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?” Jawab Iblis “Saya lebih baik daripadanya : Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

(Surah al-A’raf ayat 12 )

Tuesday 14 February 2012

Gambar2 KIRI Tahap 1 Jan. 2012




Maaf, 2 gambar di atas menggunakan Galaxy Tabs... kurang jelas

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 2 : akan diadakan pada 10-11 Mac 2012 di Akrine Kuang

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) dll
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801 sebelum 29hb. Februari 2012


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.