Thursday 1 March 2012

SAKA Megat VS SAKA Harimau

1/2/2012:wed :0900 hrs

Pesakit,Putri F mengadu sakit perut dan sakit sendi-sendi pada masa-masa tertentu.berdasarkan simpton2 yg dinyatakan seperti disihir. Putri f adalah adik kawan muallij bernama Megat K.sebelum ini telah dibongkarkan tentang punca-punca keluarganya sering sakit-sakit sejak bertahun-tahun akibat sihir ( kes berebut tanah pusaka ) dan dengan izin Allah kes sihir ini dapat di selesaikan dengan meninggalnya si tukang sihir dan terbunuhnya jin-jin sihir yang dihantar, timbul pula masalah baru sejak kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Memang benar kata tuan guru ust Majid, kehadiran Jin-jin saka dalam sesuatu keluarga boleh memporak-porandakan antara ahli keluarga terbabit.Jin-jin saka ni seolah-olah melaga-lagakan antara ahli keluarga dengan bisikan-bisikan yang negative sehingga terjadinya pergaduhan antara satu sama lain…setelah di scan ,didapati terdapat jin saka,jin asyik dan jin sihir di dalam badan adik putri.

Jin saka berkeras tidak mahu keluar dari badan pesakit selagi Jin sihir tidak keluar dahulu ( kononnya nak jaga putri )….setelah disoal, jin sihir mengaku dia telah di hantar oleh jin saka harimau dari kakak ipar Adik Putri f supaya menyakiti keluarganya.

Setelah diancam untuk bakar dan racun, jin sihir bersetuju untuk dipindahkan ke SM (Serambi Madinah).setelah jin sihir keluar dan disusuli dgn jin saka…..alhamdulillah…biiznillah selesai…..cme tinggal jin asyik yg tetap berkeras tidak mahu keluar….teknik belasah, bakar dan racun digunakan….seterusnya…” Sembelih”……