Friday, 9 March 2012

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam

Setiap ujian dan musibah yang Allah swt timpakan kepada hamba-Nya yang sabar dan redha, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:




 “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata:
“Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan:

 “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan bacalah doa dibawah ini:



Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar ra, bahawa Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.”
(Riwayat Muslim no. 5882)

Thursday, 8 March 2012

Lilit Benang Hitam pada budak adalah amalan syirik

Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.




Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam.

Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Wednesday, 7 March 2012

Gangguan tanpa JIN

jam 12 tgh mlm terima sms dari rakan sekerja menyatakan salah seorang pekerja am terkena gangguan ( katanya mulut berbuih dan lumpuh sebelah tubuh ).....setelah di "scan" dan dialog menggunakan jari, tiada pun gangguan..yg ada jin saka dan jin saka tidak mengaku dia ada kene mengena dgn sakit En S ni ( ujian benar/tak telah dilakukan )....rawatan ditamatkan dan tiba-tiba En S bagitau muallij, dia dah tak sakit dan pulih sepenuhnya.......setelah  diselidik, barulah saya tau rupa2nya pesakit tu sebenarnya pemalas orangnya...dan sentiasa mencari alasan untuk tak nak buat kerja....hehehehe

*ada jugak makhluk halus jenis mcm ni rupanya.....hehehehe ..wallahualam..

Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.

Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.

Saturday, 3 March 2012

JIN CAKAP TAMIL

Sedih dan terharu apabila mendengar luahan seorang ibu dan bapa kepada seorang remaja perempuan ( 22 tahun ) yang telah lari dari rumah mengikut teman lelakinya yang berbangsa India dan beragama hindu.Report polis dah buat, jabatan agama islam pun dah pegi, jumpa imam-imam masjid pun sudah…semua bagi jawapan yang sama

“ tidak boleh apa-apa sebab umur anak tuan dan puan dah melebihi 18 tahun” .

Teknik scan pada gambar anaknya mendapati ada gangguan pd tubuh badan anak ( kemungkinan jin sihir). Seterusnya muallij menasihatkan kepada kedua pasangan terbabit memperbanyakkan berdoa kepada Allah swt agar dibukakan hati anaknya itu supaya kembali kepada keluarga dan yang paling penting agar terpelihara akidahnya dan moga dijauhkan dari dimurtadkan.

Rawatan berikutnya dengan menggunakan teknik bakar bata dan scan kedua ibubapanya.Bapanya En M tiada kerasukan dan hanya menggunakan teknik dialog jari dan didapati terdapat jin sihir didalam badannya berdasarkan jawapan yg diberikan oleh jin tersebut.dia mengaku dihantar oleh teman lelaki anaknya yang menggunakan khidmat tok sami kuil hindu.

Jin tersebut di hantar ke SM biiznillah.Ibunya Pn F kerasukan jin yang berbahasa TAMIL sambil menggigil ketakutan dan menangis.Muallij meminta suaminya ( India muslim ala-ala mamak ) untuk menterjemahkan kepada muallij.didapati terdapat

Jin saka (jin islam india, berasal dari amalan abangnya yang telah meninggal dunia) dan Jin sihir yang dihantar oleh teman lelaki anaknya.Setelah selesai dialog dan bersetuju untuk dipindahkan..Jin saka india muslim dipindahkan ke Masjid Sri petaling dan Jin sihir terpaksa disembelih……wallahualam….setiap yang berlaku adalah dengan Izin Allah swt….

Thursday, 1 March 2012

SAKA Megat VS SAKA Harimau

1/2/2012:wed :0900 hrs

Pesakit,Putri F mengadu sakit perut dan sakit sendi-sendi pada masa-masa tertentu.berdasarkan simpton2 yg dinyatakan seperti disihir. Putri f adalah adik kawan muallij bernama Megat K.sebelum ini telah dibongkarkan tentang punca-punca keluarganya sering sakit-sakit sejak bertahun-tahun akibat sihir ( kes berebut tanah pusaka ) dan dengan izin Allah kes sihir ini dapat di selesaikan dengan meninggalnya si tukang sihir dan terbunuhnya jin-jin sihir yang dihantar, timbul pula masalah baru sejak kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Memang benar kata tuan guru ust Majid, kehadiran Jin-jin saka dalam sesuatu keluarga boleh memporak-porandakan antara ahli keluarga terbabit.Jin-jin saka ni seolah-olah melaga-lagakan antara ahli keluarga dengan bisikan-bisikan yang negative sehingga terjadinya pergaduhan antara satu sama lain…setelah di scan ,didapati terdapat jin saka,jin asyik dan jin sihir di dalam badan adik putri.

Jin saka berkeras tidak mahu keluar dari badan pesakit selagi Jin sihir tidak keluar dahulu ( kononnya nak jaga putri )….setelah disoal, jin sihir mengaku dia telah di hantar oleh jin saka harimau dari kakak ipar Adik Putri f supaya menyakiti keluarganya.

Setelah diancam untuk bakar dan racun, jin sihir bersetuju untuk dipindahkan ke SM (Serambi Madinah).setelah jin sihir keluar dan disusuli dgn jin saka…..alhamdulillah…biiznillah selesai…..cme tinggal jin asyik yg tetap berkeras tidak mahu keluar….teknik belasah, bakar dan racun digunakan….seterusnya…” Sembelih”……